Sabtu, 18 April 2009

BIODATA GURU QUR'AN KG KAJANG SEBIDANG TUMPAT KELANTAN





Kampung Kajang Sebidang sebenarnya terserlah semenjak kelahiran beberapa orang ulama yang di kenali ramai. Antaranya ialah Wok Daud, menantu Wok Daud bernama Wan Ahmad Wan Abdullah yang telah mengasaskan Sekolah Agama (A) Nurul Huda serta Ustaz Yahya Daud anak kedua Wok Daud. Mereka inilah yang telah mengemilangkan Kampung Kajang Sebidang menjadi harum.

Wok Daud atau nama sebenarnya Daud bin Ali lahir di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat Kelantan pada 3 Oktober 1924. Pada usia yang masih muda lagi belaiu telah mahir dalam bacaan al-qur'an di mana beliau adalah salah seorang penuntut ulama tersohor dalam daerah Tumpat ketika itu iaitu al-Marhum Haji Wan Mat Jal Besar. Seorang ulama yang disegani ramai.


Setelah tamat pengajian beliau di pondok tersebut beliau telah menyebarkan ilmunya kepada masyarakat setempat terutama di kampungnya sendiri. Beliau telah mula mengajar anak-anak serta penduduk kampung ilmu berkaitan al-qur'an. Pada usia 34 tahun beliau telah melansungkan perkahwinan dengan dara rebutan ramai iaitu Wok Che Mas atau nama sebenarnya Che Mas bt Dolah yang pada ketika itu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1958. Wok Che Mas lahir pada 3 Oktober 1939 di Kampung Chat Meranti lalu mengikut suaminya Wok Daud ke Kajang Sebidang.

Selepas beberapa tahun tinggal di Kampung Kajang Sebidang Wok Daud mula mengalihkan kedudukannya ke kampung lain iaitu Kampung Kubang Sawa dan tinggal di sana selama 10 tahun. Setelah itu beliau berpindah lagi ke Gelong Kerecut bersama isterinya Wok Che Mas dan tinggal di sana selama 20 tahun. Pengajaran beliau tetap di teruskan walaupun berpindah tempat.

Hasil daripada perkahwinan beliau dikurniakan lima cahaya mata, tiga lelaki dan dua perempuan.

1. Naimah Daud (Che Minah)
2. Yahya Daud (Pok Yo)
3. Anuar Daud (Pok Wa)
4. Norhasyimah Daud (Kak Mah)
5. Mahyuddin Daud (Ustaz Din)

JASA DAN SUMBANGAN

Beliau dan keluarganya telah banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat di Kampung Kajang Sebidang dan kampung sekitarnya. Malah beliau dan keluarganya menjadi pakar rujuk bagi masalah agama yang timbul di kalangan penduduk. Kedatangan beliau dan keluarganya telah berjaya memperkuatkan kembali syiar islam di kampung ini dan kampung sekitarnya. Beliau juga mahir dalam bidang Fekah, Usuluddin, ilmu Faraid dan juga ilmu Ta'abir. Antara kitab-kitab yang pernah diajar oleh beliau kepada penduduk Kampung Kajang Sebidang ialah kitab Munyatul Musalli (Fekah), kitab Hidayah al-Subyan (usuluddin)dan kitab Tuhfatul Ikhwan (Usuluddin). Segala permasalahan agama juga di rujuk kepada beliau sehigga gurunya yang bernama Haji Mat Che Hil (Haji Mat Siam) mengiktiraf ilmu fekah yang dimiliki oleh beliau dengan katanya " Wok Daud sememangnya alim dalam bidang fekah. Sesiapa yang merujuk kepadanya seumpama merujuk kepada saya". Beliau juga terlibat dalam bidang politik. Beliau adalah salah seorang AJK PAS Kampung Kajang Sebidang Timur. Musallanya sering menjadi tempat perhimpunan dan pertemuan ahli Pas kawasan terutama Kajang Sebidang, Bendang Pa'yong, Kubang Sawa dan Naga Ibu.

Kedatangan beliau ke Kampung Kajang Sebidang telah memberi input yang baik kepada perkembangan agama Islam di kampung tersebut. Masyarakat mulai berubah menjadi masyarakat islami hasil dari pengajaran yang dijalankan oleh beliau dan keluarga beliau.



Kajang Kampung Sebidang really stands out since the birth of some scholars that the public know. Among them were Wok Daud, Wok Daud-in-law named Wan Ahmad Wan Abdullah, who had developed the School of Religion SMU(A) Nurul Huda and Ustaz Yahya Daud is a Wok Daud second child. Them are scent the Kampung Kajang Sebidang with a sweet piece.

Wok Daud real name is Daud bin Ali was born in Kampung Kajang Sebidang, Tumpat Kelantan on October 3, 1924. At such a young age He checked again was proficient in reading al-Qur'an in which he was one of the students eminent scholars in Tumpat is al-marhum Haji Wan mat Jal. A respected scholar of the public.


After completing his studies at the cottage he has spread his knowledge to local communities, especially in his own village. He has started teaching the children and villagers of al-Qur'an-related knowledge. At the age of 34 years he has marriaged with Wok Che Mas is the real name is Che Mas bt Dolah current age 19 in 1958. Wok Che Mas was born on October 3, 1939 in Kampung Chat Meranti. After that she followed her husband to Kampung Kajang Sebidang, Tumpat Kelantan.

After several years living in Kampung Kajang Sebidang Wok Daud began to shift its position to the other villagers of Kampung Kubang Sawa and stayed there for 10 years. After that he moved back to the Gelong Kerecut with Wok Che Mas, his wife and lived there for 20 years. Continue teaching even though he remains on the move.

From his marriaged with Wok Che Mas them get five children, three boys and two girls.

1. Naimah Daud (Che Minah)
2. Yahya Daud (Pok Yo)
3. Anuar Daud (Pok Wa)
4. Norhasyimah Daud (Kak Mah)
5. Mahyuddin Daud (Ustaz Din)

FEES AND CONTRIBUTIONS

He and his family has contributed to the community at Kampung Kajang Sebidang parcel and the surrounding villages. In fact, he and his family is a consultant for the religious problems that arise among the people. The arrival of his and his family have managed to strengthen the teachings of Islam back in the village and surrounding villages. He is also skilled in the field of Jurisprudence, Usuluddin, science and science Faraid Ta'abir. Among the books that had taught his to Kajang Kampung Sebidang is a book Munyatul Musalli (Jurisprudence), the book of al-Hidayah Subyan (usuluddin) and the book Tuhfatul Brett (Usuluddin). All the problems of religion is also referred to his,so Haji Che Mat Hil (Haji Mat Siam) recognizes the knowledge possessed by his belief that the reported "Wok Daud certainly learned in the field of fiqh. Anyone who refers to such a reference to me." He is also involved in the political field. He is one piece of AJK PAS Kampung Kajang Sebidang Timur. His Musalla often a gathering place and meeting a member of the Pas area, especially Kajang Sebidang, Bendang Pa'yong, Kubang Sawa and Naga Ibu.

After his arrival at Kampung kajang Sebidang, he has a good input to the development of Islam in the village. People are transformed into Islamic society the results of the teaching carried out by him and his family

Tiada ulasan:

Catat Ulasan